Monday 26 May 2014

Syarat dan Terma

JAMINAN KEPUASAN

Kami menjamin kepuasan anda. Jika anda tidak berpuas hati dengan item yang anda terima, kami akan menawarkan anda bayaran balik, tidak termasuk kos penghantaran. Anda boleh mengembalikan item jika anda tidak berpuas hati, dengan memberikan alasan yang kukuh untuk rasa tidak puas hati anda.

Pembeli perlu membayar kos penghantaran balik untuk tujuan pemulangan item. Bayaran balik akan dibuat apabila barangan yang dipulangkan telah diterima oleh pihak kami. 

Item yang ada pada laman web kami adalah berkualiti premium. Kami bangga dengan kualiti barang-barang kami.

Semua barang yang dipulangkan perlulah termasuk 'dust beg', kotak asal, kad kesahihan dan label.


SYARAT-SYARAT PEMULANGAN BARANG

Kami berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan-pelanggan kami. Sila rujuk kepada maklumat di bawah untuk menentukanjenis pemulangan yang ingin dilakukan:

 ♦ Pakaian/item wanita dan lelaki yang rosak boleh dipulangkan dalam tempoh 15 hari dari tarikh pembelian.
 ♦ Pakaian/item wanita dan lelaki boleh ditukar dengan saiz yang berbeza dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian.
 ♦ Pakaian/item wanita dan lelaki  yang tidak diingini atau belum dibuka boleh dipulangkan dalam tempoh 3 hari dari hari pembelian.
Aksesori yang tidak boleh dikembalikan.

Setelah menentukan jenis pemulangan anda, sila hubungi kami dalam tempoh masa yang dinyatakan. Kami akan mengesahkan segala urusan pemulangan dengan menghubungi anda melalui panggilan telefon /  SMS / Whastapp / emel .
Selepas pengesahan dilakukan, urusan pemulangan akan dibuat oleh pihak kami.

PEMBATALAN DAN PERTUKARAN
 
Matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang paling cepat. Kami akan cuba yang terbaik untuk menerima pembatalan pesanan atau pertukaran pilihan jika pesanan anda belum diproses.  
Walau bagaimanapun, jika proses telah memasuki proses penghantaran, kami tidak akan membuat apa-apa perubahan atau pembatalan. Jika anda berminat untuk membeli item yang berbeza atau item yang sama dalam saiz yang berbeza atau warna, kami mencadangkan anda membuat pesanan baru dan menghantar semula kepada kami pesanan asal